Nahas pesawat China Eastern disengajakan ?
BEIJING: Nahas pesawat China Eastern yang mengorbankan kesemua 132 penumpang dan anak kapal pada Mac lalu, dipercayai sengaja dilakukan.
Memetik laporan Wall Street Journal, pasukan penyiasat yang mengendalikan siasatan nahas pesawat itu, sedang meneliti sama ada insiden itu berpunca daripada tindakan yang disengajakan di atas dek penerbangan.
Menurut dua individu yang diberi taklimat mengenai perkara tersebut, ini kerana setakat ini, tiada bukti menunjukkan berlaku kerosakan teknikal.
Terdahulu, Wall Street Journal dengan memetik individu biasa dengan penilaian awal pegawai Amerika Syarikat (AS) melaporkan data penerbangan dari satu kotak hitam Boeing 737-800 menunjukkan bahawa seseorang di dalam kokpit sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.
Bagaimanapun, pengeluar pesawat, Boeing Co dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS enggan mengulas dan merujuk soalan kepada pengawal selia China.
Pesawat China Eastern MU5375 yang dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou pada 21 Mac lalu secara tiba-tiba menjunam dari ketinggian 29,000 kaki ke lereng gunung sehingga mengorbankan semua orang di dalamnya.
Nahas itu disifatkan sebagai tragedi penerbangan paling dahsyat di China dalam tempoh 28 tahun.
Menurut pihak berkuasa, juruterbang tidak menjawab panggilan berulang daripada pengawal trafik udara dan pesawat berhampiran semasa kejadian.
Seorang sumber memberitahu penyiasat Reuters bahawa mereka sedang melihat sama ada nahas itu adalah tindakan sukarela.
Pada April lalu, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) memaklumkan pasukan penyiasat tidak menemukan sebarang bukti berlaku `insiden tidak normal’ berdasarkan laporan diserahkan oleh Boeing.
CAAC menerusi kenyataan berkata, kakitangan penerbangan memenuhi protokol keselamatan sebelum berlepas dan pesawat itu juga tidak membawa muatan barangan berbahaya.
Malah, jelas CAAC, cuaca adalah baik pada hari kejadian. – REUTERS
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.