Guru ditahan berkait kes liwat pelajar

Guru ditahan berkait kes liwat pelajar

Seorang guru di sebuah sekolah agama di Tanah Merah, Kelantan ditahan polis selepas dipercayai terlibat kes liwat membabitkan pelajar lelaki Tingkatan 2 sejak 2018.

Suspek yang juga warden asrama berusia 30-an itu ditahan di sekolah berkenaan awal pagi tadi.



Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan dibuat oleh mangsa semalam, lapor Berita Harian.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa, kes itu baru saja terbongkar selepas mangsa membuat laporan sebaik ibu bapanya dimaklumkan mengenai kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berapa kali mangsa diliwat dan lokasi kejadian berlaku. Mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Zaki berkata, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan akan direman untuk siasatan lanjut.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. FMT

Guru ditahan berkait kes liwat pelajar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker