Sampai bila nak tunggu menang Piala Thomas
Sampai bila nak tunggu menang Piala Thomas
MALAYSIA terus kempunan menjulang Piala Thomas. Kegagalan muncul juara pada kejohanan badminton berpasukan lelaki berprestij di dunia itu menyaksikan penantian Malaysia kini berlarutan selama 30 tahun.
Sudah tentu 30 tahun itu satu tempoh yang cukup lama. Sejak kejayaan penuh bersejarah di Stadium Negara pada malam 16 Mei 1992, pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul naib juara empat kali – edisi 1994 di Jakarta, Indonesia; 1998 di Hong Kong, 2002 di Guangzhou, China dan 2014 di New Delhi, India.
Sebelum kejayaan menjuarai Piala Thomas 1992, Malaysia pernah empat kali merangkul trofi keagungan dalam dunia badminton itu. Bermula edisi sulung 1949, ia diikuti dengan tiga kejayaan pada 1952, 1955 dan 1967.
Selepas 25 tahun sejak kali terakhir muncul juara Piala Thomas, Malaysia akhirnya menoktahkan kemarau panjang di bumi sendiri. Kehangatan menentang Indonesia di pentas final pada ketika itu menjadi sejarah gemilang badminton Malaysia.
Bersaksikan ribuan penyokong sendiri, Piala Thomas kembali menjadi milik Malaysia selepas kejayaan penuh epik menumbangkan Indonesia 3-2. Seluruh negara berpesta tengah malam itu.
Malaysia pada masa itu diwakili tiga pemain perseorangan – Rashid Sidek (kini Datuk), Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng dan dua pasangan beregu – Razif Sidek (kini Datuk)-Jalani Sidek (kini Datuk Seri) serta Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang.
Meremang bulu roma menyaksikan pertarungan kesemua perlawanan penuh dramatik itu, ditambah pula ulasan cukup bertenaga Allahyarham Datuk Hasbullah Awang.
Siapa boleh lupa detik bersejarah itu apabila laungan kemenangan bergema di Stadium Negara sejurus Soon Kit-Beng Kiang menewaskan gandingan handalan Indonesia, Ricky Subagja-Rexy Mainaky dalam pertarungan tiga set 15-12, 10-15, 15-8.Hari ini, mereka dianggap legenda sepanjang zaman.
Segala keringat mereka di tengah gelanggang ketika menjulang nama Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 tidak akan pernah padam di ingatan peminat badminton tanah air.
Kini tahun bersilih ganti. Misi merampas Piala Thomas masih gagal direalisasi biarpun barisan pemain negara sudah bertukar beberapa generasi. Sampai bila kita harus menanti? Sinar
Sampai bila nak tunggu menang Piala Thomas
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.