Sengaja membanjirkan kampung cegah serangan Russia



Sengaja membanjirkan kampung cegah serangan Russia

DEMYDIV: Strategi tentera Ukraine sengaja membanjirkan sebuah perkampungan kecil di utara Kyiv, didakwa berjaya mencegah antara serangan Russia ke atas ibu kota itu sebelum ini.

Pasukan Ukraine dikata melepaskan air sebuah empangan ketika awal peperangan di Demydiv, menyebabkan air Sungai Irpin melimpah sehingga membanjiri perkampungan itu dan kawasan sekitar.

Tindakan itu disifatkan sebagai faktor penghalang terhadap kemaraan tentera dan kereta kebal Russia.

“Sudah tentu langkah itu bagus. Apa akan berlaku jika mereka (tentera Russia) dapat menyeberangi sungai kecil itu dan mara ke Kyiv?” kata penduduk Demydiv, Volodymyr Artemchuk, 60.




Kira-kira dua bulan kemudian, penduduk perkampungan itu masih berdepan kesan banjir berkenaan, termasuk menggunakan bot untuk bergerak ke tempat lain dan bercucuk tanam di sisa kawasan tanah yang kering.

Kanak-kanak pula terpaksa menjadikan kawasan tanah lembap sebagai taman permainan.

Dalam peperangan yang sudah memasuki bulan ketiga, pasukan Russia kini berusaha mengepung tentera Ukraine untuk menawan Donbas. REUTERS

Sengaja membanjirkan kampung cegah serangan Russia


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.