Banjir membimbangkan, air di Kelantan, Terengganu dan Selangor semakin naik

Antara mangsa terkandas dan kenderaan dihanyutkan arus deras susulan banjir ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Ajal di Kuala Berang. –

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Selangor meningkat malam ini, susulan hujan lebat berterusan.

Di Kelantan, 933 mangsa banjir daripada 249 keluarga berada di 16 PPS setakat 8.26 malam tadi, dengan 10 daripadanya di Kuala Krai dan enam di Tanah Merah.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Kuala Krai, mangsa ditempatkan di Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A, Madrasah Chuchuh Puteri A, Masjid Chuchuh Puteri A, Pejabat Veterinar, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang dan Madrasah Kampung Sepuluh.

Selain di SK Banggol Guchil, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, SK Sungai Embak dan SK Kampung Bedal, manakala PPS di Tanah Merah termasuk di SK Kelewek, Balai Raya Padang Kijang, Madrasah Wak Seman Kampung Air Batu, SK Alor Pasir dan SK Bukit Bunga.



Di Terengganu, 240 orang daripada 65 keluarga ditempatkan di empat PPS di Hulu Terengganu setakat 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) di Kampung Gunung Menerong, menempatkan 124 mangsa daripada 29 keluarga, PPS Kampung Lubuk Periok (32 mangsa daripada 10 keluarga), PPS Kampung Peneh (52 mangsa daripada 16 keluarga) dan PPS Kampung Kemat (32 mangsa daripada 10 keluarga).

Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di empat stesen utama di Terengganu mencapai tahap bahaya, iaitu stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut; Sungai Besut di Kampung Langkap, Setiu; Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Di Selangor, 105 mangsa daripada 34 keluarga berlindung di dua PPS setakat 9 malam tadi berbanding 99 mangsa daripada 33 keluarga petang tadi.



Laman sesawang Info Bencana JKM memaklumkan semua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Kampung Parit Mahang di Kuala Selangor yang mula dibuka semalam.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan sungai di kawasan RS Batu 8, Kuala Langat di tahap amaran dengan bacaan 1.73m setakat 8.15 malam tadi, Sungai Bernam di Jambatan SKC dan Kampung Sungai Selisik di Hulu Selangor pula dalam keadaan waspada dengan bacaan 18.35m serta 26.3m.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker