Surat watikah perlu kelulusan Pengerusi BN
SHAH ALAM – Surat watikah pelantikan calon pilihan raya umum (PRU) perlu ditandatangani oleh ketua parti atau pengerusi gabungan sebagai pengesahan untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi calon dari parti UMNO, surat watikah pelantikan itu akan ditandatangani oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, seorang lagi Ahli MKT UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, semua ahli parti perlu menghormati keputusan tersebut.
Ujarnya, ia berikutan perkara itu telah menjadi satu tradisi sejak penubuhan UMNO lagi.
“Memang selalunya pimpinan kita akan mendengar suara akar umbi tetapi akhirnya watikah ini akan ditandatangani Presiden parti.
“Jadi kita perlu menghormati perkara ini, dan ia memang secara tradisi. Saya rasa tidak perlu dipertikaikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Ahmad Zahid tidak sewenang-wenangnya boleh membuat keputusan terutamanya dalam penentuan calon untuk bertanding dalam pilihan raya di setiap kawasan.
Menurutnya, meskipun secara praktikalnya Presiden parti mempunyai kuasa dalam memuktamadkan calon, namun kuasa pemimpin berpengaruh dalam sesebuah parti juga memainkan peranan dalam keputusan tersebut.
Beliau turut memberi contoh seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ketua UMNO Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti.
“Saya rasa orang-orang lama ini, mereka lebih kurang sama kedudukan macam Tengku Razaleigh, orang-orang bawah ini sudah tentu automatik akan beri sokongan.
“Perlu ingat sebelum Presiden parti membuat cadangan, dia pun perlu membuat penyelidikan, kajian dan pemantauan sendiri.
“Ia tidak sewenang-wenangnya. Cuma bila dia buat keputusan itu, orang UMNO perlu patuh,” jelasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.