Datuk Afifi Al-Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

Datuk Afifi Al-Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan permohonan pensyarah Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Afifi Al-Akiti untuk mengundur diri sebagai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayob Hashim berkata, Orang Besar Delapan dan ahli rasmi Dewan Negara Perak itu telah mengutus surat kepada bertarikh 15 Mei, memohon perkenan Sultan Nazrin untuk mengundurkan diri daripada penyandang gelaran berkenaan.

Menurutnya, surat itu telah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin.
“Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan oleh Datuk Dr Afifi All-Akiti dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Paduka Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan tersebut untuk dikuatkuasakan 15 Mei 2022,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, di dalam surat permohonan yang turut dilampirkan, Afifi berkata, sejak dua minggu kebelakangan ini, tular bahan-bahan tertentu di media sosial yang bertujuan mencemarkan nama beliau.

Tular Video Mirip Penasihat Agama Majlis Raja-Raja: “Saya Ada Tonton Video Itu, Tapi …” [VIDEO]

“Saya memilih untuk tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlaku perdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat.

“Bahan-bahan yang ditular juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranan saya dengan institusi istana dan mempertikaikan peranan saya dengan urusan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Afifi berkata, beliau mengutus surat itu kerana insaf jika ia berlarutan dan tidak dibendung, akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.

“Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak dicacatkan, begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari,” ujarnya.

Baru-baru ini tular di media sosial, video berdurasi 3 minit 24 saat memaparkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya yang memakai topi sambil diapit dua wanita.

Lelaki itu kelihatan beraksi seperti sedang mengetuk dram (angin) dengan muzik latar yang kuat.

Afifi telah dimasyhurkan sebagai Orang Kaya Delapan Perak yang membawa gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan pada 5 November 2018.-AA

Datuk Afifi Al-Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker