Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar

Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sekolah secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lumut-Sitiawan, Perak, ditahan polis.

Ini susulan video tular berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok pada 6 petang semalam memaparkan tindakan pemandu itu.

Ketua Polis Manjung, Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 74 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 8.20 malam, hari sama.

“Pemandu dan van sekolah berkenaan dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut dan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam kelmarin. Ketika itu pemandu berkenaan membawa lapan pelajar sekolah berusia 13 dan 14 tahun.

“Lelaki itu mengaku van dipandunya dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu menghantar pelajar berkenaan pulang ke rumah masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Perdana, Sitiawan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

“IPD Manjung menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05 6886222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. FMT

Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker