RUU antilompat parti: Menteri dedahkan hampir selesai

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) berkenaan antilompat parti telah mencapai konsensus berhubung “hampir semua” perkara dalam kerangka rang undang-undang (RUU) tersebut.

Maka Pejabat Peguam Negara akan menyediakan RUU tersebut untuk diteliti JPKP apabila ia bermesyuarat pada 19 Mei ini.

“Draf RUU akan disediakan…akan merangkumkan semua keputusan dalam kerangka dan takrifan (dalam RUU) yang diperhalusi yang diputuskan semalam,” kata menteri di jabatan perdana menteri merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



Selain JPKP, RUU itu juga akan disemak jawatankuasa pemandu transformasi dan kestabilan politik.

Jawatankuasa pemandu ini memantau pelaksanaan perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH.

Perlu dapat lampu hijau kabinet

Walaupun jika JPKP setuju dengan draf RUU itu minggu depan, ia masih perlu mendapat lampu hijau kabinet sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.



Berkenaan aspek ketelusan, Wan Junaidi memberi jaminan semua mesyuarat JPKP akan direkodkan ke dalam hansard dan dibentang di Dewan Rakyat.

Setakat ini, dia hanya memaklumkan dua kemas kini menerusi kenyataan media berkenaan perkembangan JPKP. Tiada anggota jawatankuasa lain yang telah mendedahkan perincian berkenaan mesyuarat kerana dihalang berbuat demikian mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Bantahan berkenaan kerangka RUU sebelum ini menyebabkan kabinet pada 6 April lalu untuk meminda RUU asal yang sepatutnya dibentangkan pada 11 April lalu.

Maka jaminan Wan Junaidi berkenaan konsensus terhadap “hampir semua” perkara yang dicapai boleh dilihat sebagai tanda RUU itu kian hampir menjadi kenyataan.



 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker