Pejuang bidas Hamzah kaitkan Mahathir dalam isu lompat parti

Pejuang bidas Hamzah kaitkan Mahathir dalam isu lompat parti

Ketua Penerangan Pejuang Ulya Husamuddin menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mengaitkan Dr Mahathir Mohamad dalam mempertahankan akta anti lompat parti.

Dalam kenyataan hari ini, Ulya mempersoalkan sama ada Hamzah sedar tindakan lompat parti membawa kepada ketidakstabilan politik di negara ini.



“Apakah Hamzah Zainudin tidak sedar ketidakstabilan politik di negara ini pasca Langkah Sheraton telah menyebabkan kejatuhan nilai ringgit yang teruk dan menyebabkan pelabur asing lari?”

Beliau berkata, tidak sepatutnya Hamzah menyamakan tindakan Mahathir keluar Umno dan Bersatu sebagai lompat parti kerana ia tidak langsung mengganggu tadbir urus negara.

Pada Rabu, Hamzah berkata, tindakan keluar masuk parti disifatkan sebagai perkara biasa dan berlaku sejak dahulu lagi dengan mendakwa ia dilakukan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja berlaku di peringkat bawahan, malah turut membabitkan pimpinan tertinggi parti, termasuk Mahathir.



Mengulas lanjut, Ulya menggesa Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan segera demi kepentingan negara.

Bulan lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan undang-undang untuk melarang ahli Parlimen lompat parti akan dibentangkan di Parlimen pada Julai.

Satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen, yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang, telah dibentuk untuk merangka undang-undang tersebut. FMT

Pejuang bidas Hamzah kaitkan Mahathir dalam isu lompat parti




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker