Rentung : Mayat Naim, Ahmad Akmal sudah dikenal pasti, disembahyangkan malam ini

Rentung : Mayat Naim, Ahmad Akmal sudah dikenal pasti, disembahyangkan malam ini

Dua daripada lima mangsa rentung di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi sudah dikenal pasti melalui proses bedah siasat yang dijalankan.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa itu adalah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; iaitu penumpang hadapan kereta Honda City yang terbakar serta Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, penumpang belakang sebelah kiri kenderaan terbabit.

Katanya, dua mangsa itu dikenal pasti melalui kad pengenalan yang ditemukan pada mayat, selain melalui proses post morterm yang dilaksanakan Pakar Forensik Hospital Taiping kira-kira 2 petang tadi.

Menurutnya, dua jenazah itu dijangka akan dibawa ke Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (Usas), di sini untuk disembahyangkan sebelum terus dibawa balik ke kediaman waris masing-masing pada malam ini.

Ahmad Naim Najmi adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Usas dari Kemaman, Terengganu, manakala Ahmad Akmal, pelajar Diploma Kaunseling Islami Usas dari Parit Buntar, Perak.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran dan Kewangan) Usas Prof Madya Dr Anas Md Yusof berkata, jenazah dua mangsa itu bakal disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun Usas selepas waktu Isyak hari ini.

Anas berkata, manakala tiga lagi jenazah iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; akan dihantar ke Hospital Taiping untuk semakan lanjut. HM

Rentung : Mayat Naim, Ahmad Akmal sudah dikenal pasti, disembahyangkan malam ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker