Rentung: Ibu sangka anak kemalangan biasa

Rentung: Ibu sangka anak kemalangan biasa

KUALA KANGSAR: Ibu salah seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terbunuh dalam kemalangan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini tidak menyangka anaknya maut dalam kejadian berkenaan.

Siti Norazah Bahari, 42, berkata, pada mulanya dia menyangka anak sulungnya Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, hanya terlibat dalam kemalangan biasa selepas menerima panggilan kejadian daripada rakan anaknya itu sekitar jam 4 pagi.



“Saya dapat tahu kemalangan bila rakan lama arwah telefon beritahu anak terlibat kemalangan dan saya terkejut serta menyangka ia cuma kemalangan biasa.

“Tetapi cara kawan dia tanya itu semacam dan saya minta suami telefon semula untuk mengesahkan kejadian,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Menurut Siti Norazah, Muhammad Nabil merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan merupakan pelajar semester kedua Diploma Pengurusan Perniagaan di USAS yang baharu sahaja memulakan pengajian bersemuka di universiti berkenaan.

“Arwah ambil jurusan perniagaan sebab dia memang minat berniaga mcm saya,” katanya.



Siti Norazah berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Muhammad Nabil adalah petang semalam di mana beliau bertanya mengenai kucingnya melalui aplikasi WhatsApp dan apabila dibalas pertanyaan berkenaan anaknya diam.

Katanya, Muhammad Nabil juga tidak memberitahu dia atau ahli keluarga yang lain bahawa dia akan keluar bersama rakan-rakannya.

“Kami sekeluarga reda dan terima dengan pemergian arwah dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum pulang ke USAS,” katanya.

Lima pelajar USAS maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan, tengah malam tadi.



Mangsa yang terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Muhammad Nabil Haikal.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar. Utusan

Rentung: Ibu sangka anak kemalangan biasa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker