Wendy Ng sumbang emas kelima

Wendy Ng sumbang emas kelima

Malaysia meneruskan dominasi dalam acara terjun di Pusat Akuatik My Dinh apabila penerjun wanita, Wendy Ng Yan Yee meraih pingat emas kedua peribadinya di Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan 3 meter (m) papan anjal individu wanita, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 28 tahun berkenaan menyumbang emas kelima buat kontinjen Malaysia.



Wendy yang mempamerkan penguasaan sejak terjunan pertama mengutip keseluruhan 270.60 mata dalam lima terjunan sekali gus membolehkan dia mempertahankan emas yang dimenanginya tiga tahun lalu di Filipina.

Rakan senegara, Ong Ker Ying meraih perak apabila mengutip 242.40 mata manakala gangsa menjadi milik penerjun Singapura, Fong Kay Yian dengan 230.15 mata.

Semalam, gandingan Wendy bersama Ker Ying berjaya menjelmakan emas keempat buat Malaysia selepas mendominasi acara 3m papan anjal seirama. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Wendy Ng sumbang emas kelima


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’



Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker