Rafizi dakwa ada pengundi hantu dalam PKR?



Rafizi dakwa ada pengundi hantu dalam PKR?

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pihaknya mengenal pasti terdapat 54,000 daftar pemilih meragukan di seluruh negara menjelang pemilihan parti itu.

Katanya, surat aduan rasmi telah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada 12 April lalu agar memastikan anggota parti yang tersenarai dalam kelompok berkenaan tidak dibenarkan mengundi secara terbuka.

Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti pihaknya menerusi penemuan senarai data melibatkan 1,500 nama daftar pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.

“Apabila pasukan kami menelefon sebahagian anggota PKR didaftarkan menerusi satu nombor telefon berkenaan, mereka sendiri tidak menyedari sudah didaftarkan sebagai ahli parti.




“Selain itu, terdapat juga pendaftaran keahlian parti yang tidak bersertakan nombor kad pengenalan yang betul dan isu keahlian ragu disebabkan anggota parti lain yang dibawa masuk menjadi ahli PKR,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, ia kerana proses pendaftaran keahlian parti memerlukan nama dan kad pengenalan diri.

Rafizi bagaimanapun mengakui pihaknya berpuas hati dengan kesungguhan JPP PKR diketuai pengerusinya, Zaliha Mustafa untuk menangani isu dibangkitkan beliau dan mendakwa kekalahannya sebelum ini disebabkan sejumlah 20,000 undi yang “tersangkut” dan tidak dikira JPP.

MPP terima aduan

Sementara itu, Zaliha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima surat aduan dikemukakan Rafizi dengan perkara itu sudah dibentangkan dalam Majlis Perwakilan Pusat (MPP).




Jelas beliau, pihaknya juga sudah mengambil langkah sewajarnya untuk berdepan dengan undi daftar pemilih ragu.

“Setakat mana jumlah daftar pemilih yang disahkan benar-benar meragukan, itu saya kena rujuk semula kepada data yang kita simpan dan kenal pasti.

“Apa yang pasti, kita akan memastikan tahap kawalan keselamatan sewaktu pemilihan PKR diperketatkan bagi mengelakkan mana-mana ahli yang diragui keahlian hadir mengundi,” katanya. FMT

Rafizi dakwa ada pengundi hantu dalam PKR?


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Leave a Reply

Your email address will not be published.