Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan UMNO – Md Alwi
Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan UMNO – Md Alwi
Buangkan rasa benci dan dendam, tanamkan sikap terbuka dan terima kembali mereka yang meninggalkan UMNO.
Demikian pandangan dilontarkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, yang menganggap mereka yang meninggalkan parti itu suatu ketika dahulu mempunyai alasan dan sebab tersendiri.
“Yang keluar dari UMNO dan menyertai Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia), mereka ada alasan.
“Tetapi, apabila mereka rasa menyesal, come back (pulanglah),” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Padang Upeh, di sini, malam tadi.
“Saya tak ada masalah. Siapa kita untuk tolak mereka yang ingin kembali?
“Suatu ketika dahulu, (apabila) Ahli Parlimen Gua Musang menubuhkan Semangat 46, hancur UMNO semasa itu, haram jadinya parti UMNO ketika itu, hilang Kelantan selepas itu selama 31 tahun, tetapi (kemudian) dia masuk balik UMNO dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad),” katanya.
Md Alwi menjelaskan, manusia biasa kadang-kadang tersalah atau tersasar, maka mereka harus kembali ke pangkal jalan.
“We forgive and forget. Apa yang nak dibenci sangat? Kenapa penuh benci pada orang?
“Lokman (Noor) Adam pernah dipecat dalam Majlis Tertinggi, tetapi dia datang kembali. Banyak (terjadi dalam) sejarah, termasuk Tun Mahathir sendiri,” tambahnya.
Beliau turut memberi contoh Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa yang meninggalkan UMNO sewaktu masih lagi menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, iaitu selepas kerajaan Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Siapa tak sakit hati Tok Pa tinggalkan UMNO pada waktu itu? Bayangkan kalau Menteri Besar Kelantan dan timbalannya meninggalkan Pas dan menyertai Parti Amanah, hati mana tak sakit?
“Apa perasaan rakan-rakan lain, seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Pas? Kita kenalah bersabar. Ada sebab mereka pergi, yang kita tak tahu,” katanya
“Yang lepas, lepaslah. Terimalah mereka kembali. Dan, mereka yang kembali menyertai UMNO, kenalah ikut giliran,” jelasnya.
Baru-baru ini, terdapat ura-ura mengatakan sebahagian besar mereka yang meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu, ingin kembali kepada UMNO.
Namun, perkara tersebut setakat ini tidak mendapat pengesahan mana-mana pihak.-AA
Terima Kembali Mereka Yang Tinggalkan UMNO – Md Alwi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari
- Mekanik didakwa bunuh isteri sehari sebelum Aidilfitri
- BN mampu menang tanpa MN – Penganalisis
- Polis sahkan Myvi putih PGT 124 guna nombor palsu
- Mimi Fly tak serik bercinta lagi
- Kecewa dengan DAP, Ong Kian Ming umum untuk tidak bertanding dalam PRU15
- Muafakat Nasional (MN): ‘Kepala’ perlu bersatu, bukan cuma ‘badan’
- Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM
- Sejam Kena ‘Panggang’ Tanpa Aircond, Penumpang MAS ke Sabah Luah Kekecewaan
- Kesesakan jalan raya buat pasangan kekasih ambil kesempatan buat ‘projek’ [VIDEO]
- Rizalman berkongsi kisah scammer menyamar ‘Permaisuri Agong’
- Fuad Rahman jelmaan Saleem
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat