Polis siasat video anak MP Baling guna pengiring trafik redah kesesakan

Polis siasat video anak MP Baling guna pengiring trafik redah kesesakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakamkan kenyataan daripada anak ahli parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung klip video yang memaparkan dirinya memandu sambil diiringi oleh anggota trafik.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya telah menghubungi individu itu, Mohamed Khairul Anwar dan dia berjanji untuk membantu siasatan.

“Kita minta dia tampil memberi keterangan lanjut kerana ia boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) atau ada elemen bagi menjatuhkan maruah PDRM atau sebaliknya.

“Individu itu sudah dihubungi dan dia akan beri kerjasama yang sebaiknya,” katanya yang dipetik akhbar NST.

Khairul Anwar tpada 6 Mei lalu memuat naik sebuah klip video ke Instagram yang memaparkan dua anggota polis trafik mengiringinya di Jalan Bukit Gambir, Georgetown. Seorang daripada anggota itu menahan kereta yang mahu membelok supaya kenderaan Khairul Anwar boleh meneruskan perjalanan dengan meredah lampu merah.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, siasatan dalaman mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan bagi tugasan mengiringi Khairul Anwar pada hari berkenaan dan kedua-dua anggota polis itu kini tertakluk kepada prosedur tatatertib.

“Saya hanya mahu menjelaskan bahawa (dalam kes ini) tidak ada sebarang arahan daripada mana-mana pegawai kanan untuk kedua-dua mereka mengiringi kenderaan awam itu.

“Saya harap isu ini tidak dijadikan polemik,” katanya.

Dia menambah bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard polis akan menyiasat kejadian itu. Mk

Polis siasat video anak MP Baling guna pengiring trafik redah kesesakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker