Ucapan Hari Ibu terakhir sebelum meninggal dunia

Ucapan Hari Ibu terakhir sebelum meninggal dunia

SUNGAI PETANI: “Selamat Hari Ibu, mak..”. Itu ucapan terakhir Nur Ain Balqis Mohd Khair kepada ibunya, Hassilawati Salim, beberapa jam sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nelayan Aman Makmur, Tanjung Dawai, Merbok, di sini.

Nur Ain Balqis, 14 pesakit kanser mata sejak berusia tiga bulan yang menyebabkan kedua belah matanya buta disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam.



Hassimawati, 46, berkata anak tunggalnya itu sempat meminta dia menggoreng ikan bilis yang juga untuk lauk kegemarannya itu.

“Kira-kira 10 minit selepas menggoreng ikan bilis, saya keluar untuk melihatnya sebelum mendapati Nur Ain dalam keadaan lemah malah mulutnya berbuih penuh air liur.

“Saya tak sangka ia permintaan terakhirnya sebab tak nampak petanda apa-apa walaupun kelihatan sihat seperti biasa cuma ada mengadu sakit bahagian belakang badan sejak akhir-akhir ini,” katanya hari ini.

Hassimawati turut terkilan kerana Nur Ain tidak sempat menikmati ikan bilis goreng kegemarannya.



Beliau berkata, suaminya, Mohd Khair Hassan 55, tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai nelayan.

“Kami tak sempat nak menunaikan hasratnya untuk melancong ke Langkawi dan Legoland kerana dia teringin sangat nak ke dua tempat itu selain meminta belikan gitar kerana dia nak belajar muzik seperti penyanyi kesayanganya, Iman Troye,” katanya.

Menurut Hassimawati, doktor sebelum ini menjangkakan hayat anaknya bertahan enam bulan namun tak sangka tak sampai sebulan arwah pergi buat selamanya.

Katanya, dia dan suaminya sempat membawa puteri kesayangan mereka bercuti ke Cameron Highlands dan arwah kelihatan sangat gembira ketika itu.



“Dialah penawar hati, duka lara kami berdua..Walaupun pelbagai ujian yang dihadapi, namun Allah lebih sayangkannya.

“Namun kami reda dengan ketentuan Allah cuma saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusannya sehingga arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasir jam 6.30 petang semalam,” katanya.

Hassimawati turut mengucapkan terima kasih kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan sumbangan sebelum ini dan pernah membantu anaknya sehingga ke akhir hayatnya.

Media pada 19 Jun tahun lalu pernah melaporkan kisah Nur Ain Balqis Mohd Khair yang dilahirkan normal menderita akibat kanser mata sehingga menyebabkan dia buta. BH



Ucapan Hari Ibu terakhir sebelum meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker