Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya
Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya
“Itu dah selalu berlaku. Setakat orang kutuk atau kecam, ia perkara biasa buat saya,” kata pelakon Jasmin Suraya Chin mengulas isu dirinya berpakaian seksi di Instagram.
Jasmine, 32, yang mempertahankan tindakannya itu berkata, pakaian itu hanya dikenakan semasa dia memperaga produk jenama antarabangsa.
“Sebenarnya pakaian ini rekaan pereka fesyen tempatan yang saya guna untuk promosi gincu Dior Beauty. Saya pun kerja dengan Dior. Jadi, saya rasa peminat pun faham kenapa saya pakai pakaian begitu kerana kadang-kadang idea pereka fesyen agak pelik,” katanya kepada Harian Metro.
Jasmine berkata, dia sudah beberapa bulan terbabit dengan penggambaran drama Ratu Tenpin 2 dan baru sekarang dia kembali berpeluang terbabit dengan penggambaran produk.
“Saya berlakon watak Shalin Zulkifli dan untuk watak itu saya kena gelapkan kulit saya. Penggambaran selama 70 hari buatkan saya tiada masa langsung untuk buat kempen dengan pelbagai jenama.
“Dah habis penggambaran, barulah saya ada masa untuk bekerja semula dengan produk-produk ini dengan buat sesi fotografi,” katanya.
Jasmin bersyukur diberi peluang bekerjasama dengan produk jenama terkenal luar negara.
“Saya adalah orang pertama yang dapat produk ini dari Dior Beauty dan juga ibarat muka baru untuk senarai koleksi ini. Kadang-kadang orang hanya tengok dari sudut yang negatif dan bukan ambil yang positif,” katanya. HM
Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya
Baca Artikel Menarik:
- MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
- UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
- Nak kahwin 6 lelaki
- Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
- Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
- Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
- Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
- Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
- Waran tangkap Norjuma gagal diserah
- DBP bidas Syed Saddiq
- Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
- Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]