Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat
Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat
Tindakan berat akan dikenakan kepada remaja dan pemilik kenderaan yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah pemotong rumput dalam satu kemalangan di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah dilaksanakan.
“Tindakan bukan sahaja kepada pemandu tetapi pemilik kenderaan turut akan dikenakan tindakan yang berat.
“Dalam kes ini, sesiapa tersabit kesalahan dengan kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak boleh diambil tindakan keras,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, media melaporkan seorang pemotong rumput maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu pelajar berusia 16 tahun ketika berehat di bahu jalan, Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong.
Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi manakala rakannya patah bahu tangan kanan dan masih menerima rawatan di hospital.
Dalam masa sama, beliau berkata, usaha untuk memberikan kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya perlu dilipatgandakan.
“Kempen enam hari lalu mendapati, 64 hingga 67 peratus purata setiap hari kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal,” ujarnya.
Tambahnya, angka tersebut akan bertambah sekiranya kerajaan membenarkan skuter elektrik digunakan di jalan raya.
“Kenapa kita tidak benarkan skuter elektrik di jalan raya kerana ia ganggu kenderaan lain. Kita kena lihat pengguna jalan secara keseluruhan.
“Pihak berkuasa tempatan kena wujudkan laluan pejalan kaki. Dengan tempat khas saya tiada masalah,” katanya. Sinar
Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.