Nyawa diragut suami curang

Nyawa diragut suami curang

Kajang: “Sepanjang tinggal di sini saya tidak pernah mendengar mereka bertengkar malah anak mereka juga sering keluar bermain di kawasan ini,” kata jiran mangsa yang menemui ajal apabila dibunuh suaminya di Taman Koperasi Maju Jaya di sini, Ahad lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, suspek lelaki itu adalah seorang mekanik yang menawarkan perkhidmatan membaiki kereta di ruangan parkir perumahan terbabit.

“Mereka dah lama tinggal di sini, memang tak pernah dengar mereka bertengkar sejak kami berjiran.

“Tapi ada pelanggan datang bising-bising berikutan kenderaan yang dihantar untuk dibaiki belum siap,”katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan jirannya itu sudah meninggal dunia kerana menyangkakan mereka pulang ke kampung untuk pulang berhari raya.

“Saya dapat tahu daripada kenalan yang memberitahu kejadian bunuh di sebelah rumah saya.

“Suspek ini banyak bergaul dengan kumpulan penarik kereta dan sedikit panas baran, tetapi sebelum ini memang tidak ada sebarang isu atau masalah,”katanya.

Terdahulu, seorang wanita menemui ajal apabila dibunuh suaminya kerana tidak berpuas hati mangsa memuat naik di media sosial berkaitan kecurangan lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pegawai perubatan Hospital Kajang pada 9.16 pagi Ahad lalu berkaitan seorang wanita berusia 28 tahun tidak sedarkan diri yang dihantar oleh suaminya.

Menurutnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia apabila setelah dibuat pemeriksaan luaran ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat menggunakan senjata tumpul.

“Kejadian berlaku sehari sebelum Aidilfitri di sebuah rumah flat di kawasan pentadbiran Balai Batu 9, Cheras.

“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan kaki dan tangan serta senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Suspek yang juga suami mangsa berusia 38 tahun bekerja sebagai mekanik kereta ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. HM

Nyawa diragut suami curang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker