Seret penyampai berita TV3: Dua beradik ditahan

Seret penyampai berita TV3: Dua beradik ditahan

Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang cedera diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecah tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.



Menurutnya, polis juga merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun itu termasuk sebuah kereta yang digunakan oleh suspek dalam jenayah itu.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod penyalahgunaan dadah, 15 rekod jenayah dan dua rekod masih disenarai hitam bagi kes penyalahgunaan dadah dan sebagai orang dikehendaki dalam kes penyalahgunaan dadah.

“Suspek wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Harian Metro semalam melaporkan penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan, 34, cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya sebelum cedera akibat diseret Perodua Myvi dipandu suspek untuk melarikan diri.



Kejadian 3.40 petang itu menyebabkan Khairul Rizuan luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan. HM

Seret penyampai berita TV3: Dua beradik ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker