Serba Dinamik: Berdiam diri bukanlah pilihan bagi AG – Gobind

Serba Dinamik: Berdiam diri bukanlah pilihan bagi AG – Gobind

Tekanan demi tekanan terus diberikan kepada Peguam Negara, Idrus Harun berikutan keputusannya menggugurkan pertuduhan terhadap pegawai tertinggi syarikat senaraian awam, Serba Dinamik Bhd.

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tindakan berdiam diri bukanlah merupakan pilihan bagi peguam negara itu.

“Perkara ini telah mencetuskan perdebatan awam dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penggiat korporat dan penggiat pasaran modal yang kesemuanya mengharapkan badan kawal selia memainkan peranan mereka dengan berkesan dalam memastikan kredibiliti tadbir urus korporat dan pembangunan pasaran modal di Malaysia.

“Berdasarkan perkara di atas, berdiam diri bukanlah pilihan bagi Peguam Negara.

“Sebagai Pendakwa Raya, beliau mesti bersuara, menjawab dan menangani kebimbangan yang dibangkitkan.

“Beliau mesti menjelaskan mengapa beliau bersetuju perkara itu diselesaikan dengan cara mengenakan kompaun dan bagaimana ia, berdasarkan fakta kes ini dapat menimbulkan keyakinan,” kata Ahli Parlimen Puchong itu.

Mengulas lanjut, Gobind berkata Seksyen 373(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 memperuntukkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti boleh mengeluarkan kompaun di bawah peruntukan tertentu akta tersebut dengan persetujuan Pendakwa Raya.

“Bagaimanapun, persoalannya ialah adakah perlu ada ketelusan di dalam melaksanakan kuasa itu. Ia juga menimbulkan persoalan kebertanggungjawaban yang hanya boleh dinilai jika ada penjelasan terlebih dahulu,” katanya.

Pada 28 Dis tahun lepas, SC memfailkan pertuduhan terhadap pengarah eksekutif Serba Dinamik, Syed Nazim Syed Faisal; ketua pegawai kewangan kumpulan itu, Azhan Azmi; naib presiden akaun dan kewangan, Muhammad Hafiz Othman dan pengarah bebas bukan eksekutif, Abu Bakar Uzir.

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Mohd Abdul Karim Abdullah didakwa tanpa kehadiran (in absentia).

Mereka didakwa bertanggungjawab terhadap kenyataan palsu yang terkandung dalam Laporan Suku Tahunan Serba Dinamik mengenai keputusan yang disatukan bagi Suku Tahun dan Tahun berakhir 31 Disember 2020.

Di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta.

Bagaimanapun, pada 13 April, pertuduhan ditarik balik selepas pendakwa raya menerima representasi oleh Jabatan Peguam Negara. Surat perwakilan biasanya dihantar untuk mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan.

Sebaliknya, Abdul Karim, Syed Nazim, Azhan dan Muhammad Hafiz masing-masing didenda sebanyak RM3 juta. Muhammad Hafiz didenda sebanyak RM1 juta lagi kerana memalsukan akaun anak syarikat Serba Dinamik. Mk

Serba Dinamik: Berdiam diri bukanlah pilihan bagi AG – Gobind


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker