Lelaki terselamat selepas kepala digigit buaya

HAIWAN yang menyerang Young mungkin adalah buaya spesies Morelet yang tinggal di habitat air tawar seperti sungai dan paya. – Getty

BELMOPAN, Belize – Seorang lelaki di Belize bernasib baik apabila terselamat selepas kepalanya dibaham oleh seekor buaya ketika sedang memancing, lapor portal berita MailOnline semalam.

Joshua Young, 28, ketika itu sedang memancing menggunakan lembing berdekatan dengan rumahnya di Pulau Caye Caulker pada 8 April lalu.

Pada mulanya, Young menyangka dia dilanggar sampan sebelum buaya itu cuba membaham dirinya.

“Saya terasa seperti dihimpit sesuatu seperti sampan jadi saya naik ke permukaan air untuk melihat keadaan sekeliling.



“Saya kembali menyelam untuk terus memancing sebelum seekor buaya secara tiba-tiba menerkam kepala saya’’ kata pelayan bar itu.

Young menggunakan sirip kaki selamnya untuk menghentikan gerakan berputar yang dihasilkan oleh buaya itu dan menghalang tubuhnya daripada diseret sehingga maut.

Lelaki itu menaiki teksi sendiri untuk ke klinik perubatan terdekat tetapi tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan.

Dia mengalami kecederaan parah luka di kepala dan tekak dengan sembilan jari patah dan jantungnya berhenti berdegup semasa pembedahan kerana kehilangan darah.



Young menjalani pembedahan bagi membetulkan tengkorak kepala yang retak dan koma selama lima hari. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker