Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora

Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora

SAMBUTAN Syawal bagi penyanyi, Datuk Nora Ariffin pada tahun ini kembali berseri selepas empat tahun meraikan lebaran sebagai seorang ibu tunggal.

Kekosongan posisi yang menjadi tempat seorang lelaki bergelar suami kembali terisi sejak Disember tahun lalu selepas hati penyanyi itu berjaya ditambat oleh ‘syurga’ baharunya, Rushdi Ramli.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, bersyukur apabila tahun ini sambutan hari rayanya kembali lengkap bukan sahaja bersama anak-anak, bahkan juga suami.



“Alhamdulillah syukur pada Allah tahun ini saya kembali menyambut raya sebagai seorang isteri. Sebenarnya tidak ada banyak perbezaan pun. Rutin hari raya saya tahun ini tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Cuma bezanya tahun ini ada suami sebagai pelengkap,” ujarnya.

Bimbang trafik sesak

Menyambut raya pertama di Kuala Lumpur terlebih dahulu, Nora tidak berani pulang ke kampung halaman, Kelantan pada minggu sebelum raya kerana bimbang terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Kata Nora, dia serik apabila pernah menghabiskan masa selama 13 jam di dalam kereta sewaktu pulang beraya ke Kelantan beberapa tahun lalu.



PENYANYI berusia 49 tahun ini mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa peraturan sudah dilonggarkan kerajaan.

“Biarlah orang lain pulang dahulu. Saya serik selepas pernah terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.

“Hari raya kedua barulah saya bersama keluarga termasuk cucu pulang beraya di kampung,” kata Nora yang menghabiskan masa selama tiga hari di kampung halamannya di Kota Bharu.

Untuk sambutan hari raya bersama suaminya pula, Nora berkata, keluarga sebelah suaminya kecil sahaja. Malah kedua-dua orang tuanya juga sudah meninggal dunia.



“Jadi waktu untuk suami menyambut Aidilfitri sangat fleksibel. Dia ikut saya menziarahi keluarga terdekat termasuk keluarga sebelah arwah suami (Johan Nawawi) selepas solat sunat hari raya.

“Walaupun abang Johan (panggilan arwah suaminya) sudah tiada, namun hubungan saya bersama keluarganya masih lagi terpelihara dan baik sehingga hari ini,” jelasnya.

Memori makaroni berkuah

Sekadar bertanya tentang nostalgia yang diingati setiap kali tibanya Syawal, pelantun lagu Naluri itu tidak boleh lupa dengan juadah raya yang menjadi kegemaran arwah suaminya iaitu makaroni berkuah.



Jelas Nora, juadah tersebut menjadi kegemaran arwah Johan dan wajib disediakan setiap kali menyambut hari raya.

“Pagi raya mungkin orang akan makan rendang dan ketupat. Tetapi arwah mahu makan makaroni berkuah terlebih dahulu sebelum menikmati makanan-makanan lain. Makaroni berkuah memang menjadi menu kegemaran dia,” kata Nora.

Sekadar kebetulan pula, suami terkini penyanyi itu, Rushdi juga mempunyai selera yang tidak jauh bezanya dengan Johan.

Bersyukur dikurniakan jodoh yang tidak cerewet, Nora berkata, dia tidak ada masalah menghidangkan apa sahaja jenis makanan di atas meja.



NORA memanjatkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah suami tidak cerewet, malah seleranya juga sama dengan arwah abang Johan. Itu yang membuatkan saya berasa cukup senang,” kata Nora.

Bercakap mengenai busana raya pula, penyanyi itu menyiapkan sebanyak lima helai jubah untuk hari raya.

“Alhamdulillah, baju pun ada antaranya ditaja dan diberi sebagai hadiah oleh peminat. Jadi dapatlah saya berjimat dan pakai ketika hari raya,” katanya sambil ketawa.

Memanjatkan kesyukuran apabila negara kini dalam fasa peralihan endemik, Nora mengingatkan masyarakat supaya terus kekal berhati-hati dan menjaga diri dengan baik.



Ujarnya, walaupun kerajaan sudah melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19, namun orang ramai masih perlu berjaga-jaga demi keselamatan diri.

“Jangan terlalu sedap hati. Walaupun kerajaan sudah melonggarkan kepatuhan SOP untuk pulang ke kampung, masyarakat masih perlu mengamalkan norma baharu.

“Sentiasalah memakai pelitup muka dan memakai cecair pembasmi kuman setiap masa,” jelasnya sebelum menutup perbualan.-KO

Sambutan Syawal Kembali Berseri, Selera Suami Sama Dengan Arwah Johan – Nora

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker