Pelancong Wanita Dari Rusia Buat Hal Di Bali, Mintak Maaf Dan Anggap Gambar Bogel Sebagai Karya Seni

Pelancong wanita Dari Rusia Buat Hal Di Bali, Mintak Maaf Dan Anggap Gambar Bogel Sebagai Karya Seni

KISAH pelancong asing yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat tempatan bukanlah isu baharu.

Kali ini, seorang wanita Rusia dikenali sebagai AF, 28, dikecam kerana merakam gambar bogel di atas pokok keramat di Bali, Indonesia atas alasan seni.

Video korang sopan melibatkan wanita itu turut tular dan mengundang kritikan kerana dilakukan di kawasan keramat penduduk tempatan

Seorang pelancong dikecam kerana merakam gambar bogel di atas pokok keramat di Bali atas alasan seni. (Gambar Hiasan
Instagram @alina_yogi)

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Kakanwil Kemenkumham) Jamaruli Manihuruk
berkata, wanita itu bersama suaminya, dikenali sebagai AFL, 36, telah dua kali memasuki Bali iaitu pada 2020, dan pada November 2021.

Kunjungan kedua mereka adalah untuk bercuti dan pada masa yang sama mencari pelaburan dalam dunia fesyen dan alat muzik.

Dia dan suaminya merupakan pelabur di PT. Art Planet Evolution di Ubud, Gianyar Bali, yang terlibat dalam pakaian dan alat muzik.

VIDEO DIBAWAH:-

Jamaruli berkata, pihaknya telah melakukan siasatan ke atas AF berhubung video mengenai pokok kayu putih yang terletak di kawasan keramat Kuil Babakan, Desa Adat Bayan.

Menurut penjelasan AF, dia tidak tahu pokok itu termasuk dalam kawasan keramat.

Menurut AF lagi, tindakannya bergambar sambil bogel di atas pokok adalah satu karya seni.

Walau bagaimanapun pasangan tersebut telah memintak maaf atas tindakan merakam gambar bogel di atas pokok keramat itu setelah menerima kecaman dari pelbagai pihak- Kompas.

Pelancong wanita Dari Rusia Buat Hal Di Bali, Mintak Maaf Dan Anggap Gambar Bogel Sebagai Karya Seni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker