Ini Jawapan Janna Nick Kenapa Tak Keluar Bantu Penyampai Berita TV3 Kena Seret [VIDEO]

Ini Jawapan Janna Nick Kenapa Tak Keluar Bantu Penyampai Berita TV3 Kena Seret? [VIDEO]

GARA-GARA berkongsi video bagi menjejaki seorang lelaki yang diseret sebuah kereta ketika cuba mengejar penjenayah, netizen mempersoalkan pelakon Janna Nick kerana dikatakan tidak berusaha membantu mangsa.

Kata pemilik akaun @ella.hering di Instagram, dia menyangka Janna bertindak turun daripada kenderaannya bagi mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan.

Enggan berdiam diri, Janna menjelaskan dia tidak boleh melulu keluar daripada kereta tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Saya tidak boleh keluar dari kereta tanpa mengetahui keadaan sebenar. Saya juga memberi tumpuan untuk mendapatkan nombor plat kereta, itu satu-satunya peluang untuk menangkap penjenayah itu.

“Saya tidak menyiarkan video penuh. Sebaik video ini tamat, kami keluar dan berbincang dengan abang baju Melayu itu untuk bertanyakan apa yang berlaku dan adakah dia okey.
“Kami memberinya nombor plat kereta itu,” jelas Janna

Sebelum itu, Janna berkongsi video rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden pada 5 Mei berkenaan.

VIDEO DIBAWAH:-

Pada perkongsian berkenaan Janna memaklumkan dia tidak mempunyai nombor telefon mangsa selain tidak tahu bagaimana mahu berkongsi rakaman tersebut untuk dijadikan bukti.

Aksi cemas itu sempat dirakam Janna yang kebetulan melalui kawasan itu pada Khamis.

“Peragut hampir membunuh! Omg! Tolong cari jap owner kereta tu. Kesian abang pakai baju Melayu ni. Sampai berdarah darah tangan kena seret atas jalan. Cermin kereta dia pecah.
“To abang baju Melayu, I don’t have your contact number. Tak tahu macam mana nak pass this video. Luckily my dashcam ada record,” tulisnya.

Video yang dimuat naik pada Jumaat itu menerima lebih 600,000 tontonan di Instagram.

Biarpun ramai yang memuji tindakan Janna, namun ada juga yang mempertikaikan kenapa aktres berkenaan tidak turun membantu pembaca berkenaan.

Khairul Rizuan mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Dalam kejadian itu, Khairul memakir kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

Sementara itu, pihak polis sudah berjaya menahan dua beradik pada malam Jumaat bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek adalah seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.-mSTAR

Ini Jawapan Janna Nick Kenapa Tak Keluar Bantu Penyampai Berita TV3 Kena Seret? [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker