Shahril persoal tuduhan Muhyiddin

Shahril persoal tuduhan Muhyiddin

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipersoal mengapa selepas dua tahun baru membuka cerita dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor berkaitan dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuannya untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan turut melihat tindakan Muhyiddin itu dilakukan selepas Bersatu tidak ikhlas berkawan dengan Umno.

“Inilah yang dimaksudkan peribahasa terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar.

“Tidak mahu mengambil tanggungjawab atas ketidakikhlasan berkawan dengan Umno. Bila Umno bantu pinjamkan majoriti, tiada bunyi. Bila nampak Umno tak lagi mahu bersama, lain pula,” kata Shahril di Facebook.

Sebelum ini Muhyiddin mendakwa Zahid menunjukkan sejumlah fail berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

Menerusi dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 26 April lalu, Muhyiddin mendakwa Zahid membuat permintaan selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin adalah perdana menteri antara Mac 2020 dan Ogos tahun lalu.

Bulan lalu, Zahid memfailkan saman fitnah dengan menamakan Muhyiddin sebagai defendan.

Zahid mendakwa defendan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada majlis Pentas PN DUN Tenggaroh, Mersing sempena PRN Johor.

Sementara itu, Shahril berkata Zahid telah memimpin Umno untuk bangkit semula selepas kejatuhan pada pilihan raya umum ke-14, menyebabkan pihak lawan, termasuk Muhyiddin, tidak senang duduk.

Lalu, kata beliau, mereka “melempar pelbagai tuduhan dengan niat menjatuhkan, meskipun beliau (Zahid) tidak pun disabitkan apa-apa kesalahan lagi,” katanya.

Zahid sedang dibicarakan atas 80 tuduhan rasuah di sini dan Shah Alam. FMT

Shahril persoal tuduhan Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker