Huru-hara beraya, lupa soalan cepumas bila nak kahwin?
“BERAPA lama bercuti?”
“Kerja di mana sekarang?”
Itu antara soalan-soalan lazim yang ditanya sebagai mukadimah apabila kita menziarahi sanak saudara dan sahabat handai sekiranya pulang ke kampung pada musim perayaan.
Selepas dua tahun tidak dapat melakukan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19, sudah tentu Aidilfitri kali ini paling dinanti-nantikan oleh semua.
Selain soalan berkaitan kerjaya, soalan-soalan panas yang menyentuh mengenai perkahwinan termasuklah umur, jodoh, gaji, anak sehingga berat badan antara topik yang membuatkan tetamu tidak senang duduk.
Soalan-soalan seperti ini sememangnya sudah dijangka setiap kali kita berkumpul beramai-ramai, lebih-lebih lagi pada musim raya dan penulis pasti ada yang sudahpun mempunyai senarai jawapannya.
Namun pada tahun ini, disebabkan Aidilfitri disambut dengan cara mengejut maka soalan-soalan cepumas tersebut tidak kedengaran. Jika adapun hanya seorang dua sahaja.
Kali ini topik tuan rumah dan tetamu lebih tertumpu kepada suasana kelam-kabut masing-masing dalam menyiapkan juadah, mencari pakaian raya yang dilakukan pada saat-saat akhir gara-gara Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini ditetapkan pada 2 Mei lalu.
Tarikh itu adalah sehari lebih awal berbanding jangkaan kalendar pada 3 Mei 2022.
Raya Aidilfitri tahun ini juga menyaksikan ramai dalam kalangan kita memanfaatkan masa yang ada untuk aktiviti kunjung mengunjung sebanyak mungkin selepas dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.
Jika sebelum ini ada yang telefon bimbitnya tidak lekang dari tangan, kini sudah ringan mulut untuk berbual terutama dengan saudara-mara yang lebih tua.
Itulah kemeriahan sambutan raya fasa peralihan ke endemik. Kita semakin menghargai insan-insan di sekeliling.
Penangan raya juga, jalan raya jadi sesak dengan kenderaan yang bergerak untuk aktiviti ziarah. Trafik udara juga sesak dengan penumpang terpaksa tunggu di dalam perut pesawat lebih lama sebelum berlepas.
Selain itu kedai-kedai makan dan restoran tidak terkecuali apabila diserbu geng perantau yang pulang bercuti.
Bermula daripada menu sarapan sehingga hidangan makan lewat malam, semuanya licin.
Ramai juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati secawan kopi premium.
Oleh itu, tidak hairanlah minuman yang dijual oleh sebuah kafe yang terkenal dengan kopi habis. Rak yang menempatkan kek dan pastri juga kosong. Itulah penangan raya pada tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Kosmo!. Jaga diri. -KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.