Covid-19, 1,251 kes dilaporkan semalam

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,251 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,455,364 kes

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 2,599 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,393,689 kes.



“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (438 kes), Kuala Lumpur (284 kes), Pulau Pinang (100 kes), Perak (64 kes), Kedah (61 kes), Melaka (57 kes), Johor (50 kes), Negeri Sembilan (43 kes) dan Sarawak (34 kes).

“Seterusnya, Pahang (27 kes), Sabah (26 kes), Terengganu (19 kes), Putrajaya (17 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (14 kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,576 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,530 kes.

Sebanyak 26,099 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,978 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,026 kes di hospital, 37 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker