Rundingan masih berjalan, tawaran tutup 30 Jun depan – Annuar

Rundingan masih berjalan, tawaran tutup 30 Jun depan – Annuar

Rundingan perjanjian perkhidmatan antara syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara masih berjalan dengan tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa.

Annuar berkata, sehingga kini semua syarikat masih dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.



“Mereka (syarikat) diberi tempoh hingga akhir Jun 2022 untuk memuktamadkan penyertaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru Annuar berkata, laporan portal dalam talian bertajuk “Annuar Musa: Only TM and YTL have agreed to own an equity stake in Digital Nasional Berhad (DNB)” bertarikh 2 Mei lalu yang memetik kata-kata beliau adalah tidak tepat.

Terdahulu, Bernama melaporkan hanya dua syarikat telekomunikasi (telco) iaitu Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL) yang memeterai perjanjian perkhidmatan dengan DNB bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara, setakat ini.

Annuar yang dipetik berkata, beliau berharap telco lain dapat menyegerakan dalam memuktamadkan perjanjian tersebut dengan DNB bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G milik kerajaan di seluruh negara.



“Oleh kerana DNB hanya menyediakan prasarana, perkhidmatan mesti dibuat oleh telco, namun beberapa telco masih berunding dan belum menandatangani perkhidmatan yang hendak diberikan kecuali TM dan YTL. FMT

Rundingan masih berjalan, tawaran tutup 30 Jun depan – Annuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker