Pemandu Alphard dibebas dengan jaminan polis

Pemandu Alphard dibebas dengan jaminan polis

Pemandu kereta Toyota Alphard yang direman bagi membantu siasatan polis kerana disyaki memandu secara berbahaya minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Azman Shari’at berkata, suspek dibebaskan semalam selepas diambil keterangan.



“Sebelum ini, suspek direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, tindakan lanjut akan diambil oleh pegawai penyiasat JSPT sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Pada 1 Mei lalu, JSPT Bukit Aman dilaporkan berkata, sebuah Toyota Alphard berwarna putih dirakam dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.



Katanya, JSPT mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah timur) pada 30 April lalu.

Susulan itu, pemandu berusia 43 tahun itu ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang Ahad lalu sebelum dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman. FMT

Pemandu Alphard dibebas dengan jaminan polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker