Doktor pelatih di P Pinang dedah semua, terlebih kerja, dibuli dan didera

Doktor pelatih di P Pinang dedah semua, terlebih kerja, dibuli dan didera

Beberapa individu yang pernah dan sedang menjadi doktor pelatih berkongsi pengalaman sendiri berhubung perkara yang dilihat oleh pengkritik sebagai budaya buli yang berleluasa di hospital awam.

Ini susulan laporan kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.



Pada Disember 2020, seorang lagi doktor pelatih yang meletak jawatan dilaporkan meninggal dunia. Ia mencetuskan spekulasi bahawa kes buli dan penghinaan menjadi kebiasaan dalam kalangan doktor pelatih.

Ketika dihubungi FMT, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr Teo Gim Sian mengajukan soalan mengenai isu terbabit kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ma’arof Sudin. Tiada jawapan diterima ketika artikel ini ditulis.

FMT bercakap dengan individu yang pernah dan masih menjadi doktor pelatih untuk mendapatkan gambaran lebih jelas sama ada wujud budaya toksik di Hospital Pulau Pinang yang menyukarkan doktor pelatih.

Kebanyakan responden mendakwa ia adalah pengalaman perit dan merupakan “hospital paling teruk” untuk doktor pelatih di negara ini.



Hampir semua mendakwa mereka terlebih bekerja, didera dan dibuli – malah oleh jururawat.

Bekas doktor pelatih Arjun (bukan nama sebenar) berkata, Hospital Pulau Pinang terkenal dengan budaya buli dan biasanya “digeruni” oleh ramai doktor pelatih.

Dia menyifatkan pegawai atasan terdekatnya, iaitu pegawai perubatan (MO) sebagai “tidak berhati perut” kerana kata-kata mengguris hati dan tindakan terhadap dirinya serta rakan sekumpulannya.

“Seorang doktor pernah kata saya tidak berguna dan menyuruh saya pergi ke tingkat tertinggi dan terjun.



“Apabila saya kata hidup saya lebih berharga dan saya tidak akan korbankan nyawa sendiri, tempoh saya di jabatan itu dilanjutkan dua bulan lagi,” katanya kepada FMT.

Doktor pelatih menjalani latihan di jabatan berbeza secara bergilir-gilir setiap empat bulan untuk sekurang-kurangnya dua tahun, sebelum mereka menjadi MO. MO biasanya menyelia doktor pelatih.

Arjun juga mendakwa beliau dan doktor pelatih lain berdepan penghinaan berbaur perkauman daripada MO mereka.

“Saya diminta pergi menoreh getah, manakala orang Melayu disuruh kembali ke sawah. Saya tertekan. Kami dipaksa bekerja 18 jam berturut-turut.



“Ada yang teruk terjejas mendapatkan bantuan psikiatri, mereka dipersendakan dan dilabel sebagai ‘gila’,” dakwanya.

Seorang lagi doktor pelatih, J mendakwa beliau dipersalahkan oleh pegawai atasan atas kematian seorang pesakit.

“MO yang bertanggungjawab adalah calon sarjana dan tinggal tiga minggu lagi sebelum dia memulakan kursusnya. Saya menjadi kambing hitam. Saya menjaga 20 pesakit lain dan MO hilangkan diri. Saya kemudian digelar pembunuh atas sesuatu yang tidak dilakukan saya.

“Ia adalah bulan paling malang dalam hidup saya di hospital itu. Pembuli ini menyasarkan orang yang lemah.”



Dalam menggesa Putrajaya menangani isu yang dihadapi doktor pelatih, Exco Kesihatan negeri, Norlela Ariffin semalam berkata, terlebih bekerja seperti budaya dalam dunia perubatan adalah yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau membandingkan pengalaman ahli keluarganya berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital di United Kingdom, yang menurutnya mempunyai keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih “berperikemanusiaan” berbanding di Malaysia.

Beliau mendakwa seorang ahli keluarganya, yang pernah menjadi doktor pelatih, terbabit dalam 27 kemalangan kereta akibat keletihan kerana terpaksa bekerja untuk tempoh yang panjang. FMT

Doktor pelatih di P Pinang dedah semua, terlebih kerja, dibuli dan didera




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker