Finland Negara Paling Bahagia Di Dunia

Finland Negara Paling Bahagia Di Dunia

London: Finland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling bahagia di dunia untuk 2022, berdasarkan penarafan Laporan Kebahagiaan Dunia.

Ia adalah penerbitan di bawah Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Ia sekali gus menyaksikan Finland memegang gelaran itu untuk lima kali berturut-turut.

CNN melaporkan Denmark berada di tangga kedua diikuti Iceland (tempat ketiga) dan Switzerland di kedudukan keempat.

Belanda, Luxembourg, Sweden dan Norway masing-masing berada pada tempat kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dalam senarai berkenaan.



Kanada (ke-15), Amerika Syarikat (ke-16) dan United Kingdom (ke-17) pula termasuk dalam senarai 20 tempat teratas.

Dua negara kejiranan yang sedang berperang, Ukraine dan Rusia jatuh ke separuh terbawah ranking dunia untuk laporan 2022 dengan Ukraine di kedudukan ke-98 dan Rusia di tangga ke-80.

Laporan itu antara lain dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat, kemurahan hati, sokongan sosial, kebebasan serta kes rasuah.



Afghanistan berada di kedudukan paling bawah di tangga ke-146 dalam laporan 2022 disifatkan seorang pengarang berita, Jan-Emmanuel De Neve sebagai satu peringatan jelas tentang kerosakan material dan bukan material akibat peperangan.

Berdasarkan laporan berkenaan, kehilangan nyawa, kemusnahan dan ketidakpastian semakin meningkat menyebabkan dunia semakin terancam.

Namun, laporan sama menyatakan kebajikan semakin meningkat di peringkat global.



Itu juga antara penemuan utama Laporan Kebahagiaan Dunia apabila terdapatnya peningkatan menderma kepada badan amal, membantu orang yang tidak dikenali dan menjadi sukarelawan di semua wilayah di dunia.

Purata global bagi tiga aspek kebajikan berkenaan melonjak kira-kira 25 peratus, pada 2021, berbanding tahap prapandemik.

Pandemik Covid-19 yang sudah berlanjutan lebih dua tahun turut mempengaruhi laporan itu.



“Kejutan besar ialah secara global, dalam cara yang tidak diselaraskan, terdapat peningkatan ketara dalam ketiga-tiga bentuk kebajikan yang ditanya ketika Tinjauan Dunia Gallup,” kata John Helliwell, seorang daripada tiga pengasas pengasas laporan itu kepada CNN.

Helliwell, yang juga Profesor Emeritus di Sekolah Ekonomi Vancouver, Universiti British Columbia berkata ini terutama bantuan kepada orang yang tidak dikenali pada 2021 dengan jumlah yang sangat besar di semua wilayah di dunia, berbanding sebelum wabak atau 2020.-HM

Finland Negara Paling Bahagia Di Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker