Buaya di tengah jalan berjaya ditangkap Bomba



Buaya di tengah jalan berjaya ditangkap Bomba

Pengerang: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menangkap seekor buaya dengan ukuran panjang 4.6 meter yang berada di tengah jalan di Jalan Tiong Nam, Jalan Bypass Rapid Pengerang, tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12 tengah malam.

Beliau berkata, dua jentera dari BBP Sebana Cove dan Sungai Rengit dengan 16 anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seekor buaya berukuran panjang 15 kaki (4.6m) di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Menurutnya, buaya itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan ditamatkan pada 1.40 pagi. HM

Buaya di tengah jalan berjaya ditangkap Bomba


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.