Duit raya, beza bersedekah bagi duit cash & transfer online

MEMANG ada bezanya perasaan apabila menerima duit raya secara tunai di tangan berbanding secara pemindahan online. Bukan apa zaman teknologi ini, bersedekah boleh dalam pelbagai cara bagi memudahkan urusan. Namun, perasaan gembira yang dialami oleh penerima pastinya berbeza apabila ia diterima secara ‘cash’ di tangan.

Pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini ada benarnya.

Pagi tadi saya hulur lah beberapa keping duit rm50 pada isteri saya.Ya Rabbi dia punya suka sampai cium tangan saya. Padahal kalau saya transfer online kemain banyak pun dia buat rilek sahaja.
Sedekah Duit ‘Cash’

Saya jadi teringat seorang sahabat saya yang suka bersedekah ni. Dia dah jutawan dah pun. Dia bagitahu yang dia suka bersedekah dengan bagi duit cash.

Katanya itu lebih mengembirakan penerima. Saya pernah cuba juga pada mak ayah saya. Memang beza bila kita transfer secara online dan bagi cash di tangan ni.

Bila bagi cash pada emak ayah kita sendiri, kita boleh tengok mimik wajah gembira mereka. Ya Allah. Ekspresi gembira tersebut memang lebih bernilai daripada wang berjuta ringgit!

Niat Gembirakan Keluarga

Kawan-kawan, jika balik beraya kali ni, tak salah kiranya kita hulurkan duit pada mak ayah, kaum kerabat dan paling utama sekali pada isteri dan anak anak kita.

Niatkan untuk gembirakan mereka kerana Allah Taala, insyaAllah kegembiraan mereka akan menjadi kegembiraan terbesar buat diri kita.

Tak penting berapa nilainya, yang penting adalah nilai keikhlasan, kasih sayang dan tanda ingatan kita kepada mereka. Itu yang paling utama.
Semoga bermanfaat!

Mingguan Wanita: Memang setuju sangat, lain perasaan gembiranya apabila pegang sendiri wang tunai di tunai di tangan.

Sumber: Dr Taufiq Razif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker