Bumbung balai nelayan diterbangkan ‘angin barat’

Bumbung balai nelayan diterbangkan ‘angin barat’

Angin kencang menerbangkan sebahagian besar bumbung Balai Nelayan Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah awal pagi tadi.

Kejadian angin kencang yang dipanggil “angin barat” oleh nelayan tempatan itu dipercayai berlaku antara 4 hingga 6 pagi.



Ketua nelayan balai berkenaan, Najib Senin, 70, berkata kejadian itu hanya disedari sejurus tiba di bangunan berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi.

“Sejak petang semalam, angin barat melanda dan ia bertambah kencang menjelang tengah malam.

“Saya percaya kejadian ini berlaku antara 4 hingga 6 pagi kerana ketika itu saya ada terdengar deruan angin yang cukup kuat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Najib berkata, pihaknya terpaksa memindahkan peralatan seperti enjin motor sangkut dan peralatan menangkap ikan yang ditempatkan di bilik terjejas ke ruang lain yang masih selamat.



Dalam pada itu, beliau mengakui kebanyakan bumbung bangunan berkenaan sudah reput sejak dua tahun lepas dan hanya menunggu masa untuk jatuh.

“Setiap kali hujan lebat atau ribut melanda, saya bersama kira-kira 20 nelayan lain terpaksa mencari tempat berlindung di sudut balai yang jauh dari kawasan bumbung yang uzur.

“Keadaan ini menyukarkan kami untuk membuat kerja menyirat (menjahit) jaring atau pukat rosak atau menjalankan kerja penyelenggaraan enjin motor sangkut,” katanya.

Najib berkata, pihak nelayan sudah beberapa kali memohon pemilik balai itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), untuk menjalankan kerja pembaikan.



“Kami amat berharap LKIM boleh menyegerakan pembaikan bumbung dan beberapa kerosakan lain pada bangunan yang dibina kira-kira 17 tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, sumber LKIM negeri mengesahkan sudah menerima permohonan nelayan untuk membaiki kerosakan terbabit dan usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan peruntukan baginya. FMT

Bumbung balai nelayan diterbangkan ‘angin barat’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker