Warga Emas Pilih Terus Pakai Pelitup Muka

Warga Emas Pilih Terus Pakai Pelitup Muka

JOHOR BAHRU: Orang ramai terutamanya warga emas masih memilih untuk memakai pelitup muka di kawasan terbuka walaupun kerajaan telah mengumumkan pemakaiannya tidak lagi diwajibkan di luar bangunan.

Antara faktor utama yang menyebabkan orang ramai masih memilih untuk memakai peralatan berkenaan adalah kerana sudah terbiasa dengan perkara itu yang diwajibkan sejak dua tahun lalu.

Salah seorang yang ditemui, Mohd. Yusoff Abdullah, 75, berkata, dia memilih untuk terus memakai pelitup muka pada waktu ini kerana sedar kesihatannya tidak lagi gagah seperti kebanyakan orang muda.

“Saya tahu ia sudah tidak diwajibkan lagi bermula hari ini, tetapi, saya rasa akan terus memakainya terlebih dahulu kerana sudah terbiasa, lagipun, dengan faktor usia, rasanya itu langkah terbaik.

“Selain itu dapat juga mengelakkan daripada bau yang kurang enak, malah, rasa lebih yakin dan selamat apabila berada di tempat ramai orang, dengan suasana musim perayaan ini.

“Lagipun, saya sudah beli pelitup muka dalam jumlah yang banyak, di rumah pun masih berkotak-kotak lagi, jadi kena habiskan juga,” katanya ketika ditemui di Larkin Sentral, di sini hari ini.

HASNAH ALI

Hal itu kerana katanya, walaupun kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, namun wabak Covid-19 masih wujud dan belum terhapus sepenuhnya.

“Saya sudah tua dan pastinya lebih mudah dijangkiti berganding orang muda yang masih sihat, jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya akan terus memakainya terlebih dahulu.

“Lagipun bukan menghindari wabak Covid-19 sahaja, tetapi juga penyakit-penyakit lain seperti batuk dan sebagainya,” katanya lanjut.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, sebaliknya tindakan tersebut adalah amat digalakkan.

Beliau berkata, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka hanya apabila berada di dalam bangunan termasuk pusat beli-belah dan pengangkutan awam di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). –UO

Warga Emas Pilih Terus Pakai Pelitup Muka

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker