Kenapa UUM mahu naikkan yuran, carilah kaedah lain

Kenapa UUM mahu naikkan yuran, carilah kaedah lain

SELEPAS hampir dua tahun kami meninggalkan kampus kerana ancaman Covid-19, kami, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) akan kembali ke kampus secara bersemuka.

Ramai yang sudah bosan belajar secara online dan kebanyakan pelajar meluahkan rasa syukur kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, selain kebanyakan kami sudah mengambil sekurang-kurangnya dua dos vaksin.

Cuma cerita mengejutkan dua minggu lepas di UUM berita ura-ura akan berlaku kenaikan yuran perkhidmatan pelajar sarjana muda sehingga 30 peratus.

Sumber beberapa rakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyatakan Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sudah memberi persetujuan terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) UUM, Profesor Dr Mohd Amy Azhar Mohd Haris.

Rakan MPP UUM turut memaklumkan, pihak pengurusan universiti sedang mencari justifikasi kenaikan yuran ini dengan membuat perbandingan dengan universiti swasta di seluruh negara kerana yuran perkhidmatan di UUM masih lagi rendah.

Dalam dokumen BSD bertajuk ‘Semakan dan Penstrukturan Yuran Perkhidmatan Pelajar Sarjana Muda Sesi September 2022/23’ yang diedarkan kepada beberapa pemimpin pelajar menyatakan tujuan menyusun struktur yuran sedia ada dan baharu bagi memenuhi keperluan dan pengajaran.

Ketika kami mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung dengan suasana gembira kerana sudah lama tidak dapat beraya dengan keluarga besar, tiba-tiba dikejutkan dengan langkah tergesa-gesa ini.

Mengapa pihak universiti nak ‘merompak’ baki duit PTPTN kami yang sangat sedikit selepas ditolak yuran pengajian kerana dimaklumkan universiti juga mengalami kerugian yang sangat besar kerana bencana Covid-19.

Carilah kaedah-kaedah kreatif lain untuk menjana kewangan, bukan mengambil duit kami yang sedikit ini.

Antara yuran perkhidmatan yang akan dinaikkan termasuklah yuran pendaftaran, yuran suaikenal, yuran alumni, yuran pemeriksaan kesihatan, kebajikan, perpustakaan dan yuran penginapan.

Kami mohon YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang sangat prihatin dengan kebajikan pelajar di universiti dapat campur tangan isu kenaikan yuran di UUM, sekali gus membatalkan tindakan pihak pengurusan universiti.

Sesungguhnya ramai lagi yang masih bergelut dengan pendapatan yang terhad termasuk ibu bapa kami dalam kumpulan B40 yang belum pulih sepenuhnya ekoran serangan Covid-19.

Sekali lagi kami memohon kepada YB Datuk Seri Dr Noraini dapat mengambil tindakan tertentu untuk melegakan perasaan kebanyakan kami kini.

Muhammad Emir Syahmi Mohamad Sarjana MudaPengurusan Hal Ehwal Antarabangsa Dengan Kepujian

Kenapa UUM mahu naikkan yuran, carilah kaedah lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker