Amalkan tolak ansur, kebersamaan di Aidilfitri – Ismail Sabri

Amalkan tolak ansur, kebersamaan di Aidilfitri – Ismail Sabri

Keluarga Malaysia perlu berpegang kepada konsep tasamuh yang menekankan kepentingan bertolak ansur dan kebersamaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri ketika menyuarakan harapan sedemikian berkata konsep yang dititipkan dalam Islam itu selaras prinsip digariskan dalam Keluarga Malaysia.

Katanya, tasamuh adalah antara bentuk akhlak terpuji dan amat diperlukan ketika menjalani kehidupan seharian, justeru ia penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat.

“Tidak hanya urusan ibadah sahaja yang diatur oleh Islam, kehidupan sosial juga ada aturannya dan salah satunya adalah anjuran untuk bersikap tasamuh (toleransi) dalam bermasyarakat.

“Dengan tasamuh, seseorang akan lebih menghargai perbezaan antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh agama Islam.

“Ia boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam memastikan Keluarga Malaysia bukan sekadar ‘cogan kata’ semata-mata, tetapi mesti menjadi amalan dalam kehidupan seharian bagi mewujudkan masyarakat sejahtera,” katanya dalam perutusan Aidilfitri, malam ini.

Ismail Sabri turut menzahirkan kesyukuran kerana Malaysia masih dilimpahi nikmat keamanan dan keharmonian, hasil kestabilan politik serta kerjasama Keluarga Malaysia, meskipun dunia berdepan cabaran risiko geopolitik yang serius.

Beliau berkata, konflik Russia-Ukraine dan Palestin- Israel adalah antara contoh yang perlu dijadikan iktibar dengan sebaiknya kerana berupaya menjejaskan keamanan di rantau terbabit serta ekonomi dunia jika ia gagal dirungkai dengan segera.

“Bayangkan, tatkala seluruh Keluarga Malaysia meraikan Aidilfitri dalam suasana aman dan meriah, saudara-saudara kita di negara bergolak seperti di Palestin, Syria, Afghanistan serta Libya, menyambut Syawal dengan menyeka air mata.

“Inilah peri pentingnya keamanan. Ia hanya dapat dikecapi dengan sikap saling hormat menghormati untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga biar pun berbeza ras, budaya dan kepercayaan.

“Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, pastikan kita juga terus mengamalkan kawalan kendiri walaupun banyak kelonggaran diberikan demi keselamatan diri dan keluarga tercinta, selain pandu dengan penuh cermat serta berhemah supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

“Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam walau di mana anda berada,” katanya. BH

Amalkan tolak ansur, kebersamaan di Aidilfitri – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker