Jangan panggil ayah saya binatang, Isham tegur Sanusi



Jangan panggil ayah saya binatang, Isham tegur Sanusi

Perang mulut antara Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih tiada penghujung.

Terbaharu, Isham menempelak Sanusi yang turut menggelarkan bapanya sebagai binatang.

“Jangan label, panggil, kias atau umpamakan ayah saya dengan binatang. Itu saya tidak boleh terima dan saya tidak maafkan.

“Ayah saya memang asal orang miskin dan bukan berpangkat besar tetapi dia bukan binatang atau ikan kecil. Jangan hina orang miskin atau berpangkat kecil. Dan jangan hina orang tua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Pada Khamis lalu, Sanusi diberi tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Isham.

Ia ekoran Sanusi menggelarkan Isham sebagai ‘anak seluang’.

Melalui hantaran Facebook, Isham menegaskan, jika tiada maklum balas diterima pihaknya dalam tempoh itu, beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk saman.

Beliau juga menegaskan, laporan polis akan dibuat esok supaya kesalahan fitnah oleh Sanusi itu dapat disiasat.

Mengulas lanjut, Isham berkata, dirinya tidak ambil pusing dengan gelaran yang diberikan kepada dirinya namun kenyataan Sanusi boleh dianggap sebagai melampau.




“Saya tidak kisah orang panggil saya dengan nama apa pun, dalam politik itu perkara biasa. Sebelum ini, pemimpin Pas pun selalu label orang lain dengan nama macam-macam binatang.

“Sebenarnya dalam politik tidak perlu pun guna kiasan atau perumpaan binatang kepada orang lain. Namun itu tidak menjadi masalah kepada saya dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain,” katanya lagi.

Semuanya bermula apabila Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat bahawa dokumen ‘Pas Leaks’ dipercayai dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepemimpinan UMNO disebarkan secara terbuka.

Sanusi turut memetik nama Isham sebagai contoh ketika menyatakan anggapan beliau bahawa dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang mendapat kepentingan daripada dokumen terbabit. MG

Jangan panggil ayah saya binatang, Isham tegur Sanusi





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.