Gandingan Ku Li-Amanah, Kami tak goyang – PAS Kelantan



KOTA BHARU – Kerjasama yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dengan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk merampas pentadbiran negeri ini daripada tangan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak memberikan kebimbangan kepada parti itu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, melihat kepada rekod lalu rakyat masih memberikan kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui pentadbiran negeri ini.

“Pandangan saya, sesiapa sahaja boleh mencipta gabungan politik kerana negara ini mengamalkan demokrasi.

“Selebihnya, kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan berkait dengan perkara tersebut,” katanya selepas diminta mengulas gabungan baharu iaitu Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang diketuai oleh Ku Li untuk merampas negeri ini daripada Pas.

Mohd Nassuruddin sebelum itu meraikan pengamal media Kelantan di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di sini.




Hadir sama Presiden Kemudi, Majidah Ismail.

Menurutnya, kebiasaan sesebuah parti yang ingin membentuk sebarang kerjasama politik perlu diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi.

Beliau berkata, individu tidak boleh membuat keputusan berkait dengan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu berkata, jarang berlaku individu buat kerjasama tanpa keputusan rasmi dari parti

“Siapa nak buat kerjasama itu terpulang, tetapi keputusan tersebut mesti dibuat oleh parti. Pas pun kita masih ada kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).




“Kita selalu sebut, orang Islam wajib bersatu. Pendirian kita (Pas) jelas, bukan bersatu sama Islam bahkan bukan Islam yang tidak extreme pun kita ajak bersatu dalam satu Keluarga Malaysia,” katanya.

Mohd Nassuruddin berkata, sekiranya gabungan itu mahu merampas Kelantan, Pas akan berusaha mempertahankannya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.