Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Ahmad Rithauddeen

Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Ahmad Rithauddeen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah ke atas pemergian bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail malam semalam.

Katanya, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin” katanya menerusi hantaran Fecebook, hari ini.

Allahyarham Ahmad Rithauddeen menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta, di sini, pada 8.43 malam semalam akibat sakit tua pada usia 94 tahun.

Menurut Perdana Menteri, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.

Tambah beliau, selain menjawat jawatan Menteri Pertahanan (1987-1990), antara jawatan lain yang pernah disandang oleh Allahyarham dalam kerajaan termasuk Menteri Hal-Ehwal Luar Negara, Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Penerangan.

Dalam arena politik, Allahyarham yang dikenali sebagai Ku Deen pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ujarnya.-MG

Perdana Menteri Ucap Takziah Kepada Keluarga Tengku Ahmad Rithauddeen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker