Pas Kelantan Tidak Bimbang Rancangan Ku Li Rampas Kelantan

Pas Kelantan Tidak Bimbang Rancangan Ku Li Rampas Kelantan

KOTA BHARU: Pas Kelantan tidak bimbang dengan gabungan yang dicetuskan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama Parti Amanah dan Pakatan Harapan (PH), bertujuan menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, menurut Ketua Penerangan Pas Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, kebiasaannya, ketetapan untuk sesebuah parti menjalinkan kerjasama dibuat oleh parti, dan bukannya individu.

“Jarang berlaku, individu buat kerjasama, tanpa keputusan rasmi parti. Pas pun masih ada kerjasama dengan PN (Perikatan Nasional) dan MN (Muafakat Nasional).

“Dan kita selalu sebut, orang Islam wajib bersatu. Ini pendirian kita. Jelas. Dan bukan sahaja bersatu sesama Islam, bahkan bukan Islam yang tak ekstrem pun, kita ajak bersatu dalam satu Keluarga Malaysia.

“Kalau ada orang lain, dengan matlamat lain, itu terpulanglah kepada individu itu. Dia kata nak tawan Kelantan, kita nak pertahankan Kelantan, itu biasalah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mohd Nassuruddin berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan yang dikepalai Tengku Razaleigh.

Gabungan itu, yang merupakan satu kerjasama rentas parti, ditubuhkan dengan tujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Pas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Kelantan di bawah kuasa Pas sejak lebih 32 tahun yang lalu.

Mohd Nassuruddin berkata, berdasarkan rekod lalu, rakyat Kelantan masih utuh memberikan sokongan dan mempertahankan Pas sebagai kerajaan yang mentadbir negeri itu.

Namun, tambahnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa sahaja boleh menjalinkan kerjasama untuk tujuan politik, tetapi akhirnya rakyat yang membuat keputusan.-AA

Pas Kelantan Tidak Bimbang Rancangan Ku Li Rampas Kelantan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker