‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan

‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan

KOTA BHARU: UMNO Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai tokoh kepimpinan, berjiwa rakyat, malahan berlatarbelakangkan agamawan untuk dicalonkan sebagai menteri besar.

Sebaliknya, menurut Pengerusi Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.

Menurut Ahmad Jazlan, UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya mengambil pendekatan membuka ruang kepada tokoh lebih layak yang boleh membawa perubahan dan kemajuan, baik duniawi mahupun ukhrawi di Kelantan.

“Tidak semestinya calon Menteri Besar atau ‘poster boy’ dipilih dalam kalangan kepimpinan UMNO Kelantan.

“Sebaliknya ahli UMNO yang dilihat layak, mempunyai ketokohan yang tinggi, berjiwa rakyat serta kalangan mereka yang memahami agama boleh ditampilkan sebagai calon.

“Sebenarnya ada pemimpin yang mampu urus tadbir negeri yang tidak ditonjolkan, walaupun sesetengah kata kami tiada calon untuk ditampilkan sebagai Menteri Besar Kelantan buat masa ini, namun UMNO Kelantan mempunyai matlamat yang mahukan perubahan di negeri ini.

“Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang menjadi kelaziman di mana-mana negeri diberikan ruang untuk menjadi ‘poster boy’ atau calon, saya tidak merasakan saya layak berada di kedudukan tersebut.

“Ini kerana saya percaya masih ramai anak Kelantan yang lebih layak dan mempunyai ilmu pengetahuan untuk membawa perubahan di Kelantan,” katanya selepas majlis moreh dan santai bersama pengamal media Kelantan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, UMNO Kelantan boleh mencadangkan sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO sebagai calon Menteri Besar, namun keputusan akhirnya terletak di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak bersetuju pandangan mengatakan UMNO Kelantan tidak mempunyai pemimpin yang layak untuk menjadi Menteri Besar selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO.

Ini kerana, tegasnya, kegemilangan Mustapa terserlah sewaktu beliau menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kerana pada waktu itu beliau Menteri penuh, Kerajaan Persekutuan pada waktu itu juga Kerajaan Barisan Nasional.

“Mustapa dilihat terserlah sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan kerana beliau menteri penuh, mendapat kepercayaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa projek pembangunan di Kelantan, ada Jabatan Persekutuan JPP di Kelantan pada waktu itu yang menyerlahkan lagi kepimpinannya,” katanya.

“Jika nak dibandingkan waktu saya mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan, pada waktu itu Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan, tiada JPP, bahkan sekarang ini saya pula hanya Pengerusi Felcra, jauh panggang dari api lah kalau nak cerita terserlah atau tidak,” jelasnya.

Tegas Ahmad Jazlan lagi, apa yang penting rakyat Kelantan wajar memahami bahawa UMNO Kelantan tidak mahu merebut jawatan untuk mencapai kedudukan sebagai pemimpin sebaliknya membuka ruang kepada calon yang dapat diterima rakyat, calon yang berpengalaman dan tokoh yang mampu membawa perubahan di Kelantan.

“Saya berhasrat akan bertanding pada pilihanraya Umum ke15, sekiranya Umno Kelantan mencapai kemenangan.

“Saya tegaskan tidak semestinya Menteri Besar Kelantan itu datangnya dari Pengerusi Perhubungan atau pimpinan peringkat bahagian, sebaliknya boleh jadi dari ahli biasa yang mempunyai ketokohan dan berjiwa besar untuk membawa perubahan di Kelantan.

“Itu yang saya maksudkan dan soal siapa layak mestilah mendapat persetujuan daripada presiden parti,” tambahnya.

“Apa yang penting tokoh atau calon ‘poster boy’ itu diterima rakyat Kelantan serta mampu mengubah Kelantan ke arah negeri yang lebih baik dari sekarang yang mana selepas 32 tahun Pas Kelantan memerintah, mereka gagal menyelesaikan masalah air, cukai tanah yang tinggi, kebersihan, penerokaan hutan dan pembalakan, peluang pekerjaan kepada anak muda dan sebagainya.

“Sebagai anak jati Kelantan, saya ingin melihat Kelantan maju dan berubah.

“Sekiranya saya ingin meninggalkan dunia politik, tentunya saya mahu meninggalkan kepimpinan kepada tokoh yang layak yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Kelantan” katanya

Bersempena dengan kepulangan perantauan dari luar Kelantan untuk menyambut Lebaran, Ahmad Jazlan memohon mereka melihat negeri Kelantan pada hari ini dengan fikiran terbuka, apakah Kelantan sudah berubah?

Apa salahnya jika diberikan peluang dan peluang kepada UMNO untuk sepenggal bagi membuktikan UMNO Kelantan mampu mengurus tadbir dengan baik.-AA

‘Poster Boy’ Tidak Semestinya Daripada Kepimpinan UMNO Kelantan – Ahmad Jazlan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker