Pil cegah kehamilan lelaki bakal diuji pada manusia Julai ini
Pil cegah kehamilan lelaki bakal diuji pada manusia Julai ini
Saintis-saintis memaklumkan bahawa pil kontraseptif lelaki (cegah kehamilan) akan mula diuji pada manusia dalam dua bulan akan datang selepas ujian ke atas tikus menunjukkan kejayaan dalam hasilnya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Penyelidik-penyelidik di Univerisiti Minnesota yang mencipta ubat itu berkata, ia boleh memasuki ujian klinikal seawal Julai ini.
Pil bukan hormon yang dinamakan secara perubatan, YCT529 itu mampu menyekat 99 peratus kehamilan pada tikus semasa ujian, meletakannya setanding dengan ubat kawalan kelahiran wanita.
Tiada sebarang kesan sampingan yang berlaku ke atas tikus tersebut termasuk pertambahan berat badan.
Tikus jantan didapati mampu menyebabkan kelahiran anak dalam enam hingga tiga minggu selepas pemberian ubat dihentikan.
Menurut seorang ahli kimia, Dr. Gunda Georg, ubat itu boleh diuji terhadap manusia pada separuh kedua tahun 2022.
Beliau berkata, ujian sebelum ini menunjukkan pil itu telah memberikan kesan yang diingini setelah diuji pada tikus, di samping memastikan ia kekal berkembang dan sihat.
Pengilang yang mahu merevolusikann pil tersebut, YourChoice Therapeutics akan memohon kebenaran untuk memulakan ujian ke atas manusia daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA).
Bagaimanapun, bilangan dan umur peserta yang akan menyertai ujian tersebut tidak didedahkan. K Online
Pil cegah kehamilan lelaki bakal diuji pada manusia Julai ini
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.