Mahkamah benarkan petisyen untuk membatalkan kemenangan Hadi di Marang

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang bagi menolak petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya pada PRU15.

Pada prosiding secara dalam talian hari ini, Hakim Hassan Abdul Ghani mendengar hujahan daripada Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili Hadi dan peguam Mohd Hafarizam Harun mewakili Jasmira sebagai pempetisyen.

Selain itu, Hadi turut diwakili peguam Saifuddin Othman, manakala Jasmira diwakili Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, Norhazira Abu Haiyan dan Muhammad Amin Othman.



Hakim turut memerintahkan Hadi membayar kos RM20,000 kepada Jasmira dan menetapkan perbicaraan petisyen itu pada 6 Mac ini.

Pada 3 Jan lalu Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilapor berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov lalu iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pada PRU15 lalu Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang Zarawi Sulong.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker