Naik zipline ke sekolah: PM sudah lulus peruntukan kecemasan – MP Pensiangan
Naik zipline ke sekolah: PM sudah lulus peruntukan kecemasan – MP Pensiangan
Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup berkata, beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi memaklumkan keadaan beberapa kawasan di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini.
Katanya, Ismail juga telah bersetuju mengeluarkan peruntukan kecemasan bagi mengatasi masalah itu.
“Saya sedia maklum dengan situasi ini yang mana kerosakan dialami adalah akibat banjir besar yang berlaku-baru ini.
“Sehubungan itu, saya telah bertemu dengan perdana menteri bagi memaklumkan masalah ini dan beliau bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan kecemasan.
“Sepasukan pegawai teknikal dari unit penyelaras pelaksana serta pejabat daerah juga telah melawat kawasan terbabit, dua hari lalu dan kini mereka sudah mula menyediakan laporan yang diperlukan,” katanya kepada FMT, hari ini.
Arthur yang juga timbalan menteri kerja raya berkata, beliau juga akan bertemu dengan penduduk kampung bagi membincangkan penyediaan pengangkutan lebih selamat kepada pelajar terbabit.
Terdahulu, beberapa video menyaksikan pelajar di Kampung Nangkawangan di daerah itu menyeberangi sungai untuk ke sekolah dengan berakit dan menaiki ‘zipline’ tular di media sosial sejak malam tadi.
Mereka saban hari bergadai nyawa untuk menyeberangi sungai selepas jambatan gantung di situ dihanyutkan banjir, bulan lalu. FMT
Naik zipline ke sekolah: PM sudah lulus peruntukan kecemasan – MP Pensiangan
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
You must be logged in to post a comment.