Taman tema biawak tarikan baharu di Melaka

Taman tema biawak tarikan baharu di Melaka

MELAKA – Taman Tema Air, Melaka Pirate Park di Jalan Tun Ali di sini, yang sekian lama terbiar akan dijenamakan semula sebagai Taman Sigua atau biawak sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin, berkata, taman tema tersebut terpaksa ditutup sebelum ini kerana terdapat masalah dan kerosakan peralatan yang boleh membahayakan pengunjung.



Menurutnya, penjenamaan semula kawasan itu dan usaha menaik taraf lokasi itu bakal menelan kos kira-kira RM8juta sekali gus mampu mewarnai produk pelancongan di Sungai Melaka bermula tahun ini.

“Kita rancang untuk jenamakan taman tema itu yang sinonim dengan imej biawak yang banyak didapati di Sungai Melaka.

“Apabila siap sepenuhnya, pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise (MRC) berpeluang untuk masuk ke taman tema ini dengan pakej-pakej menarik yang bakal ditawarkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas berbuka puasa dan majlis penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang di Bandaraya Melaka di sini pada Isnin.



Hadir sama Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, PPSPM juga menyasarkan seramai 700,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatn MRC sepanjang tahun ini.

Ujarnya, sasaran itu tidak mustahil dapat dicapai berdasarkan kehadiran seramai 167,688 orang direkodkan pada suku tahun pertama.

“MRC merekodkan kehadiran pelancong seramai 319,671 orang pada tahun lalu dengan jumlah keseluruhan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2006 seramai 12,091,905 orang,” katanya. Sinar



Taman tema biawak tarikan baharu di Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker