Parti saya pun tak buat apa – Husam

Parti saya pun tak buat apa – Husam

Bekas pengerusi PH Kelantan Husam Musa melihat proses semak dan imbang dalam kerajaan Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu tidak berlaku, lebih-lebih lagi ketika PAS dan Umno saling bekerjasama.

Pada masa sama, kata Husam, partinya – Amanah – juga tidak berbuat apa-apa untuk menangani keadaan itu, selain tiada individu yang berpengalaman dalam selok-belok pentadbiran kerajaan negeri.

Diminta mengulas anggapan sesetengah pihak yang menyatakan dia kini lantang bersuara kerana PRU ke-15 semakin hampir, Husam berkata ‘kehilangannya’ buat seketika sebelum ini adalah bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri melaksanakan peranan mereka.

“Kerajaan Kelantan atau mana-mana pihak juga kena ada masa untuk diberi ruang kepada mereka melaksanakan tugas. Kalau awal-awal kita lagi kacau daun mereka pun terganggu, mereka pun tahu peranan mereka.

“Kemudian kita ada pembangkang, kita ada parti-parti politik yang lain dalam Kelantan, kemudian apabila Umno berpakat dengan PAS dan tak jadi pembangkang kelihatan semak dan imbang itu tidak wujud,” katanya.

Ketua Amanah Kota Bharu itu memang mengakui secara umum ada juga pemimpin Umno yang menegur kerajaan negeri yang diketuai PAS itu namun ia berlangsung secara agak mesra.

“Kemudian ada parti-parti politik, termasuk parti saya sendiri, Amanah.

“Parti saya pun memang tak buat apa. Tetapi saya (kini) duduk hanya peringkat bawah, sebagai ketua kawasan saya tidak ada dalam peringkat negeri,” katanya pada sesi dialog Save Kelantan bersama media di Kota Bharu, semalam.

NGO melangkaui parti politik

Bekas exco Kelantan pada zaman Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, setakat pemerhatiannya banyak amalan dalam kerajaan negeri sebenarnya tidak difahami oleh orang yang tidak pernah berada dalam kerajaan.

“Misalnya masalah laporan audit mengenai perjalanan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ramai orang tak tahu.

“Orang ini dia tidak tahu perjalanan kerajaan, bila dah hampir tiga tahun lebih tidak ada satu suara yang berkesan, maka yang betul-betul concern kepada saya adalah kehilangan khazanah hutan yang ramai orang tak faham,” katanya.

Menurut Husam dia tetap membangkitkan isu pembalakan dan hutan ketika orang menganggap ia jauh daripada perhatian rakyat namun ia perlu dilakukan kerana tiada pihak yang cekap memperkatakannya.

“Jadi tanggungjawab itu berbalik kepada saya. Kalau saya tidak dedahkan mungkin sampai bila-bila pun tiada orang dedahkan dan perkara ini tak boleh dihentikan,” kata Husam yang kini menjadi pengerusi Save Kelantan.

Sementara itu mengulas mengenai objektif Save Kelantan, Husam berkata pertubuhan itu merupakan platform yang tidak berkaitan dengan parti politik tetapi bermatlamat untuk memperjuangkan isu-isu kritikal di Kelantan.

Save Kelantan katanya kini mempunyai 20 biro yang akan memberi fokus mendedahkan pelbagai isu setempat seperti pembalakan tebang habis, penyelewengan projek bekalan air, tuntutan royalti petroleum, kegagalan syarikat berkait kerajaan negeri (GLC) dan pengurusan sampah.

“Save Kelantan merupakan satu gerakan rentas parti politik. Ia tidak terikat dengan batasan politik dan kami juga bukan ada ikatan politik dengan mana-mana parti.

“Kami tertumpu kepada pendedahan masalah-masalah rakyat supaya ditangani dengan baik oleh kerajaan dan memberi cadangan penyelesaian. Save Kelantan bergerak secara profesional dan konstruktif,” jelasnya.

Difahamkan antara individu yang terlibat dengan Save Kelantan ialah aktivis pertanian negeri, Hishamuddin Ghazali, Ketua Amanah Rantau Panjang Shahjihan, dan bekas Pengerusi Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz. Mk

Parti saya pun tak buat apa – Husam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker