Jangan sentuh Hutan Simpan Gunung Raya, Sanusi diberitahu



Jangan sentuh Hutan Simpan Gunung Raya, Sanusi diberitahu

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor didesak supaya mengeluarkan moratorium bagi menghentikan sebarang aktiviti pembalakan atau perlombongan pasir berhampiran Hutan Simpan Gunung Raya di Langkawi kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk perubahan iklim di kawasan tersebut.

Ketua Pejuang Muda Langkawi Alif Aiman Azman, berkata sehingga kini pihaknya telah mengumpul 13,560 tandatangan secara atas talian terhadap aktiviti di hutan simpan berkenaan.

Hutan Simpan Gunung Raya berkeluasan lebih 5,000 hektar dan merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter.

Alif berkata, Hutan Simpan Gunung Raya mempunyai kepelbagaian flora yang fauna yang tidak wajar diusik sejajar dengan pengiktirafannya – Unesco Global Geopark yang pertama di Asia Tenggara.




“Jika lesen pembalakan atau kuari pasir dikeluarkan pada masa akan datang ia tentu menjadi ancaman kepada ratusan flora dan fauna malah boleh mengubah dan memusnahkan tempat bersarang dan pembiakan semula jadi haiwan dan tumbuhan yang unik di Gunung Raya,” katanya dalam kenyataan.

Bulan lalu, Sanusi berkata bekas menteri besar pentadbiran terdahulu, Mukhriz Mahathir telah meluluskan pembalakan dan perlombongan pasir di Hutan Simpan Gunung Raya.

Sanusi ketika memberitahu perkara itu dalam sidang DUN berkata, dua petak tanah seluas 40 hektar telah diluluskan untuk pembalakan dan perlombongan untuk Yayasan Islam Negeri Kedah pada 23 April 2020.

Sanusi berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan lesen pembalakan sejak mengambil alih jawatan menteri besar pada Mei 2020.

Mukhriz sebelum ini membangkitkan dalam sidang DUN mengenai tawaran kerajaan Kedah kepada syarikat swasta untuk pembalakan atau perlombongan di Hutan Simpan Gunung Raya. FMT




Jangan sentuh Hutan Simpan Gunung Raya, Sanusi diberitahu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.